BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 24, 2010

aku dan bayang-bayang..siapa tentu siapa?




kali ini aku cuba ruangkan citera antara aku yakni kita sebagai manusia dan juga bayang-bayang. tiada istimewanya bayang-bayang berbanding diri kita yang menampung fizikal,akal,emosi,rohani dan juga roh...apa yang ada pada bayang-bayang yakni bayang-bayang kita sendiri? hakikinya kita takut...takut pada bayang-bayang sendiri!!!

bayang-bayang yang sebenarnya wujud dengan bantuan cahaya dan hilang dalam kegelapan..dia yang mengikut kita, namun kita silap kerana kita membenarkan diri kita mengikut dan takut pada bayang-bayang. kita malu untuk berjaya..kita ego, kita wujudkan sikap bodoh sombong..sangat jengkel..biarlah kita jadi bahan jenaka kerana bertanyakan yang tidak tahu dan janganlah pula kita ketawa sahaja tapi kosong tidak tahu..

siapa yang berkuasa? kita yang tentukan..sikap gigih perlu dipergiat..agar kita tidak terjebak dalam langkahan bayang-bayang yang menjerumus kita ke arah kegelapan..sedarkan minda,sucikan hati....dalam menuju kejayaan, kita perlukan bantuan..jangan malu atau segan untuk berhadapan dengan masa depan..kita penentu segala

0 comments: