BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 23, 2010

Perjalanan Pak Tam masih jauh.......


Assalamualaikum...........
saje je nak coret....

Aku kembali kepada sifar, menjadi apa yang tidak pernah aku duga...aku xsangka sampai ke tahap ini. Dahulunya aku ini ialah anak yang degil dan mensia-siakan apa yang ada dihadapanku..Kini aku cuba bangkit dan membuktikan apa yang aku mampu buat..perjalanan ku penuh harapan..

Namun perjalananku masih jauh. Macam yang aku kata aku bermula dari sifar dan untuk membuktikan aku kena berusaha kuat..Banyak cabaran yang patut kau lalui..Sebagai insan yang tak berapa nak kaya, kewangan antara cabaran dan disini pengorbanan perlu diusul..Menebalkan muka bukan sebab mekap tetapi menggunakan duit mak bapa untuk tanggunagan yuran pertama..Malu beb tapi itulah pengorbanan untuk menempuh perjalanan masih jauh..

Cabaran merupakan benda yang perlu ditempuhi..Ia merupakan titik tolak atau kayu ukur kekutan aku untuk menghadapi perjalanan aku ini..Berjauhan dari keluarga, tempat mengadu yang tak pasti, sumber kekuatan, mana aku mahu dapatkan....Namum pengalaman 3 tahun lepas mampu membuat aku berdikari..Apa yang aku lalui akan aku jadikan teras kekuatan menghdapi segalanya. Aku pernah lakukan dan aku akan lakukan sekali lagi, cuma cabaran kali ini lebih mencabar..kepadaMu Ya Allah permudahkanlah sesuatu yang sukar..

Mak bapak ialah nombor 1 dalam hidup aku, mereka segalanya.. Anak sulung ni banyak dan besar tanggungjawabnya..Sijil, transkrip, Skroll bukan lah aset yang patut aku jadikan aset untuk membahagiakan mereka, tetapi senyuman mereka dengan kejayaan aku, usaha aku, keinginan aku dan apa yang penting ialah membuat mereka berpuas hati dengan membesar dan mendidik aku..Banyak dan terlalu besar pengorbanan mereka untuk aku, so aku juga mampu melakukan pengorbanan dengan cara dan kaedah aku bagi membuat mereka bahagia..Aku kena ubah hidup keluarga aku..ya, tapi dengan cara aku....

Masa menentukan, perjalanan masih jauh....Usaha dan pengorbanan sekali lagi diperlukan...Aku juga ada keinginan duniawi seperti rumah besar, kereta besar, motor besar, menjadikan benda yang aku minat berada di depan mataku dan mampu milik..Aku mengharapkan kejayaan dan pintu rezeki di buka oleh ALLAH SWT. diminta ditunjukkan kepada aku jalan yang lurus untuk menemui kejayaan dan lantas dapat berbakti kepada keluargaku...

Aku pilih jalan ini, perjalanan yang masih jauh..bukan tak mampu untuk bekerja, tetapi ada yang perlu aku kejar dan aku gapai..Biarlah apa orang nak kata, tapi kau dengan prinsip aku dan untuk mengetepikan psikologi dan cabaran itu, aku kena buktikan....Mereka sudah bekerja, bekerjaya, berharta dan ada yang berkeluarga, tap aku belum...aku ada perancangan..sebuah perancangan untuk diri aku...semoga ia tercapai..Dengan izin Allah semoga apa yang aku rancang ini akan dimakbulkan..

Perjalanan ku masih jauh dan aku masih sifar, berada dalam komuniti sempit dan terhimpit..Semoga tabah dan tidak leka hendaknya..agar tidak jenuh rasanya..

0 comments: