BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 25, 2010

Maulidur Rasul dan intipatinya

Maulidur Rasul dan intipatinya



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.( Wikipedia)

Menyebut tentang maulidur rasul, ia bukan sekadar sambutan yang dilengkapi dengan perarakan. Namun perlulah kita sedar intipatinya sebagai umat Muhammad S.A.W. Kita perlulah menghayati penghayatan tentang pengorbanan dan jasa Junjungan Mulia kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W serta mengaplikasikan corak hidup baginda dan diserapkan dalam kehidupan seharian kita.

Kepada diriku yang masih lalai dan juga umat Muhammad yang masih terigau-igau dengan propaganda dunia, bertindaklah sekarang demi mengimbangkan dunia akhirat kita. Dalam menyambut sambutan kelahiran baginda ini, kita kenalah berfikir sejenak tentang untungnya kita pada hari ini kerana mempunyai Rasul semulia Nabi Muhammad S.A.W. dengan lafaz Muhammad Pesuruh Allah, selamat menyambut Maulidur Rasul bagi umat beragama Islam. Dengan ini, aku sisipkan Selawat dan Kata-kata pujian kepada baginda. Semoga umat Islam akan lebih maju dan mendapat keredaan Allah SWT, Amin…..

Wednesday, February 24, 2010

aku dan bayang-bayang..siapa tentu siapa?




kali ini aku cuba ruangkan citera antara aku yakni kita sebagai manusia dan juga bayang-bayang. tiada istimewanya bayang-bayang berbanding diri kita yang menampung fizikal,akal,emosi,rohani dan juga roh...apa yang ada pada bayang-bayang yakni bayang-bayang kita sendiri? hakikinya kita takut...takut pada bayang-bayang sendiri!!!

bayang-bayang yang sebenarnya wujud dengan bantuan cahaya dan hilang dalam kegelapan..dia yang mengikut kita, namun kita silap kerana kita membenarkan diri kita mengikut dan takut pada bayang-bayang. kita malu untuk berjaya..kita ego, kita wujudkan sikap bodoh sombong..sangat jengkel..biarlah kita jadi bahan jenaka kerana bertanyakan yang tidak tahu dan janganlah pula kita ketawa sahaja tapi kosong tidak tahu..

siapa yang berkuasa? kita yang tentukan..sikap gigih perlu dipergiat..agar kita tidak terjebak dalam langkahan bayang-bayang yang menjerumus kita ke arah kegelapan..sedarkan minda,sucikan hati....dalam menuju kejayaan, kita perlukan bantuan..jangan malu atau segan untuk berhadapan dengan masa depan..kita penentu segala

aku seorang melayu...




aku seorang melayu....
di lahirkan,
di asuh,
di ajar....
dalam melayu...

tapi kini,
kenapa datang hiba...
melayu tindas melayu...
koloni antara melayu...
itu hematku pada masa ini..

oh melayu..
jangan yang kembang kita layukan...
jangan yang layu kita abaikan...

sekarang..
melayu lemas dalam politik,
rambang dalam materialistik,
kita tidak pandang pada yang jatuh sakit,
apatah lagi untuk tolong bersama bangkit...

sedarlah....
pada cogan kata ini,
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
agar kita jadi bangsa yang maju,
bukan pada bangsa yang layu...


dari : paktam...

tentang siblings....




rindu pada adik-adik aku...ingat, kami 3 beradik sahaja..bersatu teguh bercerai roboh

antara kepayahan dan masa depan

bersyukur ke hadhrat Ilahi dia atas limpah kurnia Nya aq skunk sedang berada di tahun akhir pengajian. persoalannya adakah aq yakni mohammad faizal bin rashid mampu menamtkan gapaian segulung ijazah dengan jayanya..INSYALLAH...pelbagai cabaran n masalah timbul dan aq anggap ia sebagai satu dugaan dan cabaran. aq yakin di atas ujian yang diberikan Allah ini mampu menjadikan aq seorang insan berguna kelak..hehe...sokongan dan doa harapan dari keluarga, ehem2 dan kawan2 diharap mampu memebantu aq dalam mengharungi tahun akhir ini...Amin