Tersedar aku dari mimpi….
Gerimis sedih berlalu pergi..
Menjadi pembuka pagiku..yang suci..
Sang burung turut gembira menanti matahari…
Munculnya sinar meninggalkan kelam..
Lambaian dedaunan mengkhayalkan daku..
Sisiran bayu melembutkan hati…
Seakan menyambut sesuatu yang indah…
Timbulnya pelangi melengkapkan segala…
Pelangi indah..
Dirimu ku umpamakan…
Mewarnai cinta kita
Dirimu ku halusi…
Kesetiaanku dicemburui…
Oleh sang awan yang yang datang menenggelamimu…
Pelangi indah..
Kaulah segala…
Setiaku ku hidangkan..
Agar kita berkekalan…
Dirimu ku halusi…
Kesetiaanku dicemburui…
Oleh sang awan yang yang datang menenggelamimu…
Ku tak mengerti..
Mengapakah kau harus pergi…
Wednesday, July 7, 2010
Halusinasi Pelangi Indah..
Posted by paktam dan senyumannya at 5:14 AM 0 comments
MUDA MUDi : malaysiaku maju
Mana pergi muda mudi…
Tiada lagi cinta abadi…
Cinta abadi untuk pertiwi..
Kasih abadi tuk bumi sendiri…..
Ayuhlah kita bangkit………
Mengayuh semangar patriotik..
Jangan lah dikau lalai dengan dunia kini…
Barat masih menjajah bak sekam dalam api….
Ke manakah remaja dan muda mudi kini?
Muda mudi lupa jasa pertiwi…
Enjoy sana sini..
Bagaikan Negara kita merdeka kekal abadi….
Jangan dikau jadi kacang lupakan kulit..
Nanti kelak kita yang sakit…
Dan jangan lah dikau pelik
Jikalau kita dijajah balik…
Marilah kita besatu…..
Tak kira bangsa kita bersama menuju…
Menuju ke arah Malaysia maju…
Posted by paktam dan senyumannya at 4:45 AM 0 comments
Monday, July 5, 2010
Inilah manusia…
Kalau sudah bergelar manusia……
Mesti mahu cari yang sempurna
Mesti mahu jadi sempurna….
Bermulalah kisah hidup haloba..
Manusia yang tak puas erti sederhana..
Apatah lagi bersyukur kepada-NYA….
Mengangkat wang untuk segalanya…
Mencampurkan erti halal dan riba..
Demi mencari nikmat dunia….
Yang haram untuk masa muda
Yang halal di masa tua..
Muda untuk berfoya-foya..
Tua untuk bertaubat semula….
Sedarkah kau manusia..
Ironinya…
Ketika senang kau jadi pelupa,
Di masa susah kau mula mengenang dosa…
Inilah manusia….
Menyesal ketika hari tak sudah…
Posted by paktam dan senyumannya at 9:40 AM 0 comments
Macam tidak adil aku dengari………
Politik oh politik..
Ada telinga aku dengari..
Ada mata aku memerhati..
Ada rasa aku suarakan….
Politik oh politik….
Untuk rakyat atau diri sendiri?
Untuk negara atau saudara mara?
Tidak adil aku dengari….
Pabila politik boleh di jual beli….
Yang kaya mampu membeli….
Yang kedana hanya mampu bermimpi….
Ke hadapan lagi…
Maju berteknologi..
Media parti mula berfungsi…
Mencari keburukkan si berhaluan kanan dan kiri….
Tidak adil aku dengari…
Politik rupanya mainan bagi parti…….
Adakah suara rakyat didengari?
Adakah setiap projek untuk duit tepi?
Akan ku ratapi
Apa yang tidak adil aku dengari…
Apa yang tak puas hati aku luahi…
Posted by paktam dan senyumannya at 9:33 AM 0 comments