nantikanlah kumbang pagi :
wahai bunga-bunga tidurlah...
berkembang-kembanglah anda esok pagi....
jangan kamu berkembang-kembang di lewat malam ini...
takut kumbang malam datang hinggap melekat dan memusnahkan malam anda...
kerana kumbang malam ini anasirnya jahat....
"wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohmu, kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikkan atau lirikan senyuman, pada bicara manja atau menggoda atau pada pujuk rayu wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya untuk memimpin dirimu. Kerana pada diri seorang wanita itu pasti ada kekurangan dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu "
*taman bunga pun tidak buka pada waktu malam
*kumbang juga pandai tidur dan bunga pandai kuncup pada waktu malam