BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 16, 2012

AKU........




Kalau sampai waktuku



‘Ku mau tak seorang ‘kan merayu

Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang

Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku

Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari

Berlari

Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi


*Chairil Anwar @ "Si Binatang Jalang" (1922-1949)

" yang dicanang bahagia, yang dikenang sia-sia "



" yang dicanang bahagia, yang dikenang sia-sia "

Hafizh , Aku Mendengar Tuhan Tertawa :


aku punya seribu tipuan luar biasa untuk pertanyaan,

bagaimana khabarmu?

aku punya tipuan luar biasa untuk pertanyaan,

apakah tuhanmu?

jika engkau fikir kebenaran dapat dikenal dari kata-kata,

jika engkau anggap matahari dan lautan dapat meluncur lewat pintu kecil bernama mulut,

Oh, seseorang mesti mulai tertawa !!!!!

*Hafiz - penyajak sufisme Parsi hidup 1320 hingga 1389 masehi

pensil warna :




pelbagai warna pelbagai guna,


yang menarik duluan ditarik,

makin diasah , 

makin tajam, 


makin diasah,

 makin kontot...


*moral : pernah berguna dan mewarnai hidup

KITA




jika salah

tidak ambil kisah
tidak berani menegur
tapi sanggup menjatuh
mungkin ramai memuji
mungkin ramai juga hasad dengki !!

Wednesday, July 25, 2012

Ketika sahur dan iftar (doa untuk Burma)



Ketika sahur dan iftar
Ketika menjamah sesuap buah kurma
Teringat saudara-saudara ku di Burma


Saudara
Ku ada telinga
Tapi tidak dapat mendengar

Mendengar keperitan
Kalian merintih kesakitan
Hidup penuh ketakutan

Seperti kamu mahu dihapuskan
Oleh insan bergelar kawan
Yang cuma beda anutan

Kerna minoriti
Kamu disakiti
Dihambat seksa tanpa henti
Jelas hujungnya mati

Ku tiada kuasa
Untuk hentikan semua 
Hanya mampu berdoa

Doa sebagai senjata
Bukan dari ku sahaja
Malah seluruh dunia

Mohon ke atas doa kita
Di dengar Maha Esa
Yang Maha Berkuasa

Al-Fatihah bagi yang tiada
Syurgalah pastinya
Yang bernyawa
Terus cekalkan jiwa

*Stop killing in Burma

Sunday, July 8, 2012

tunggul kayu


aku rasa macam sebuah tunggul kayu ,
tak perlu cepat melatah, 
kerna hakikat sebuah tunggul itu, 
keras, 
tiada istilah layu, 

tahan hujan dan panas, 
mampu menahan cuaca,
mampu menahan halilintar,
serta ribut melanda,

tahan cerca dan hina,
serta di bawahnya ada akar yang kuat mencengkam ,
dan memayungi isi tanah ,

walaupun ia terbiar,
sikapnya penuh sabar dan tabah,
menanti masa ,
untuk dimusnah

*setiap detik, saat, minit , jam serta putaran-putaran itu bermakna,
tiada istilah sempurna kerana kita manusia
dari paktam

Sunday, July 1, 2012

tiada noktah..




Yang sementara itu bukan utama
Begitu juga yang kedua
Lip lap rasanya
Sehingga kini tiada noktah

Mahu juara carta
Apa langkahnya?
Jika tak ke udara
Sampai bilapun tetap di bawah

Arah sudah ada
Cuma likunya sahaja
Dari kita sahaja
Usaha atau bersahaja

Jika tak mampu
Sila bagi tahu
Jangan harapkan takdir
Kalau tak hati sendiri berlendir

Mahu bersabar
Sampai bila
Jika tidak kerna usaha dan doa
Mungkin aku sudah merelakannya

Namun tidak
Aku tetap disini
Menanti dan berdiri
Menunggu sang puteri

tiada noktah

Monday, June 4, 2012

Jendela






melalui jendela
aku melihat
aku menyingkap

rasa yang ku pendam
selami ini aku diam
hanya mata mampu memerhati
dan mulut seperti di kunci

di hujung masa
kita bersua
beramah mesra
bermanja-manja
hingga terbit rasa cinta

lusuh sudah langsir di jendela
namun ku rasa bahagia
walau aku tahu masanya
hanyalah sementara

dari jendela itulah
hati ku mula bergelora

*khas di bulan Jun ini....
*kuching yg  menyingkap

Saturday, March 3, 2012

aku membinanya : kau musnahkannya


kau bunga
dulu layu
kini
sedang kembang
biar di tanah gersang

cuba ku cambah
dengan harapan
dengan usaha
biarpun jalan ku belum sempurna

tibanya
tiada diduga
hadir si sempurna
yang sapaannya seketika
menyinggah mekarmu
mengambil bau mu
musnahkan harapanku
meragut langkah suciku

rasa terhina
tidak terkata apa
langsung terpinga
nak lawan tiada terdaya
kerna tiada segalanya

kelopakmu ceria
sedia dibuka
kau terima
bagi sesiapa yang sempurna

kau bunga
biar kau bahagia
aku rela
walaupun berduka

aku membinanya
kau musnahkannya
aku berduka
kau gembira

*pak tam
kita tidak satu bendera

aku lebah tanpa madu


menghabiskan masa
berterbangan
keseorangan
penuh sengatan

meluangkan masa
di angkasa
bersama debu kota
aku alpa
aku lelah

bukan terburu
bukan bernafsu
mengidam madu
bukan yang palsu

aku lebah tanpa madu

*pak tam

Thursday, March 1, 2012

Turning Back


TURNING BACK

Bukan sesaat
Aku redahi
Bukan penat
Tuk disesali
Bukan lambat
Aku teliti

Aku sesat
Aku turning back

Ini realiti
Aku sedari
Mungkin diuji
Untuk kendiri
Aku lewati
Diri-diri sepi

Aku sesat
Aku turning back

Ingin kembali
Dari tidak pasti
Kepada akar umbi
Berdiri sekali lagi
Mencari jalan hakiki

Aku turning back

*pak tam

Tuesday, February 21, 2012

Ku Gumbira


Sekian lama
Tadi masanya
Tadi harinya

Hujan ku redah
Kau ku tunggu
Kita ketemu

Ku menanti
Kau hadir
Itu pasti

Di depan ku
Di sisi ku
Kenyang bersama

Panas ku redah
Ku tidak kisah
Biar seketika

Ku gumbira

*pak tam (untuk MHW)

Friday, February 17, 2012

Kalau bodoh B.I


Kalau bodoh B.I
Kamus
Google translate
Cit Cat translation
Kamus elektronik
Tanya kawan

Kalau bodoh B.I
Masuk kelas B.I
Malas
Pendiam
Ponteng
Pemalu
Pura-pura pandai
Pen merah
Gagal

Kalau bodoh B.I
Susah dapat kerja
Temuduga hangkang
Terkial-kial
Macam sial

Kalau bodoh B.I
Paper Melayu
Buku Melayu
Movie Melayu
Movie B.I
Subtitle

Tewas dengan malas
BA : B.I

*pak tam

Pungguk Rindukan Bulan


Menyelak buku lama
Yang lama terbiar
Yang lapuk
Yang kian dilupai

Namun sesekali
Rindu itu datang menyapa
Biarpun seketika
Sekali menyapa terus berdarah

Ku akui
Buku lama harus dibiar
Kerna beda
Kita tidak boleh bersama

Itu cerita lama
Seperti pungguk rindukan bulan

Kini mengharap pada pengganti
Namun tetap sama juga
Aku seperti yang lama
Masih seperti pungguk rindukan bulan

Mana tidaknya
Berhabis kasih dan cinta
Tetap ia mengharap pada yang lama

Bukan berputus asa
Bukan mengalah
Takut suatu masa
Terukir satu peribahasa
Pisang berbuah kedua kalinya

Mana mungkin
Tak ku rela rasa ikhlas suci ini dipersia
Mungkin belum tiba masanya
Aku pungguk menanti DIA yang sebenar

*pak tam

Thursday, February 16, 2012

kepada sang fobia :



umpama takutkan bayang-bayang sendiri :


kepada sang fobia,


" jangan samakan hidup baru anda yang luas jalan bahagianya dengan hidup lama

anda yang pernah gelap dan sempit jalannya "


* pak tam

Teruskan Hidup


Sesukar manapun, kita harus meneruskan hidup :

Jika anda membenci bekas kekasih anda dengan penuh emosi tetapi pada masa yang sama anda berfikiran tiada lelaki/wanita lain yang boleh/mampu menggantikan tempatnya di hati anda, secara AUTOMATIK saya boleh menggelar anda ARWAH

Wednesday, February 15, 2012

Kisah Sopan


Di sebuah kelas, ketika sesi pembelajaran tiba-tiba terdengar teriakan Aiman..Aiman merupakan seorang pelajar yang lurus bendul..


Aiman : Cikgu..cikgu..cikguuuu........... saya mahu berak

Cikgu : Apa? Ulang balik kata-kata kamu Aiman....

Aiman : Cikgu saya mahu berak....

Cikgu : owhhh...boleh tidak kamu guna ayat yang sopan sedikit?

Aiman : Maafkan saya cikgu, saya desperate sangat ni...saya mahu buang air besar...

Cikgu : Kan bagus macam tu....sejuk dan sopan sedikit saya dengar. Setiap apa yang kita buat mesti ada nilai kesopanan..Baiklah, pergilah kamu ke tandas sekarang....

Aiman pun bergegas ke tandas sambil itu dengan nada perlahan, dia sedikit merungut ..boleh-boleh dia nak bebel time aku desperate ni......

Sedang Aiman mencangkung, dia terfikir bahawa mencangkung itu duduknya tidak sopan. Dia teringat akan kata-kata cikgunya tadi, setiap tindakan dan pelakuan kita hendaklah dilakukan dengan sopan. Dalam fikirannya juga terbayang akan kelakuan sopan kakak-kakaknya yang selalu bersimpuh ketika duduk. Tiba-tiba Aiman pun duduk bersimpuh........



*Sekadar humor dan sekadar gambar hiasan dari pak tam

Wednesday, January 18, 2012

Patah tumbuh hilang berganti


Patah tumbuh hilang berganti,
Belum sembuh kau datang ubati,

Patah tumbuh hilang berganti,
Kasih kau bubuh penghidup kepada hati yang mati,

Patah tumbuh hilang berganti,
Rasa cinta mulai berlabuh dan kita asyik menikmati,

Patah tumbuh hilang berganti,
Dalam subuh ku doa hubungan kita diberkati.

Saturday, January 7, 2012

INI KISAH MENGENAI PARUT


INI KISAH MENGENAI PARUT

Bukan besar tetapi kecil,
Walau kecil tetapi pedih,
Walau pedih tetapi manis,
Walau manis tetapi seketika,
Walau seketika tetapi cinta !

Bukan besar tetapi kecil,
Walau kecil tetapi dalam,
Walau dalam tetapi terubat,
Walau terubat tetapi terasa,
Walau terasa tetapi bertanda !

Bukan besar tetapi kecil,
Walau kecil tetapi parut,
Walau parut tetapi indah,
Walau indah tetapi cela,
Walau cela tetapi aku simpannya !

Bukan besar tetapi kecil,
Walau kecil tetapi parut,
Walau parut tetapi ada sayang,
Walau ada sayang tetapi ada batas,
Walau ada batas tetapi ada lemahnya,

Dan walau ada lemahnya tetapi ada ALLAH S.W.T :)