BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 27, 2010

Selipar jepun cuba mengingatkan kita....





Kadang kala kita lalai...
Terkadang kita leka...
Bagi yang dah berjaya dan berharta....
Ingatlah DIA.....

Mungkin kini kita bangga dengan apa yang kita ada..
Pakaian berjenama dari dalam dan luar negara…
Jemputan segala acara dengan cogan kata sebagai orang ternama
Ku nasihatkan agar kita tidak lupa…

Sila…..
Imbau kembali saat kita bertatih...
Dengan selipar jepun kita..
Di mana agaknya selipar jepun kita itu dulu?
Akan menjadi milik kita semulakah selipar jepun itu?

Ya..mungkin bila saat kita jatuh..
Mungkin bila ditarik kesihatan dan rezeki kita...

Ku kutip sedikit bingkisan peribahasa..
Hidup umpama roda..
Kadang di atas kadang di bawah...
Dengan itu, jangan haloba dan syukur apa yang ada..
Dan jangankan pula bila kita senang kita leka
Dan janganlah pula bila kita susah baru ingat pada-NYA...
Kita mungkin akan jatuh dan tidak dapat bangkit semula….

Jangan leka….
Segera peka dengan apa yang aku cuba katakan…
Ingatlah DIA yang maha Esa…
Panjatkan syukur…
Jika tidak, selipar jepun sedia menerima kita semula……


*ku coretkan apa yang aku rasa!!!!!

Friday, May 21, 2010

senyum dan lesu ku kerana ini.......

ABSTRACT

THE INFLUENCE OF THE USE OF LAND TOWARDS SEDIMENT
CASE STUDY : PAPAR RIVER, SABAH

This study was conducted to observe the influence of the use of land towards sediment at Papar River. The presence of sediment refers to the value of suspended solid and this study was done entirely at Papar River which involved five stations. In this research, the information and the data which has been analyzed were obtained from secondary data namely sediment data, Papar River’s water quality data, rainfall data and etc. The data used was from the year 2004 until 2008.The differences of the land used activities for each station had shown different value of suspended solid. Therefore a few objectives were proposed to determine the influence of the land used activities towards the presence of sediment at Papar River. The results obtained then were illustrated through Microsoft Excell and Arc Gis. In order to fulfill the objectives of the study, researcher used observation method and also land used area analysis based on Arc GIS. Other than that, this study also tries to explain the influence of rainfall towards the presence of suspended solid at Papar River which has been analyzed through SPSS 17.0. From the result of the analysis, it can be concluded that land use greatly influenced the presence of sediment at Papar River.

Monday, April 19, 2010

MAS HSBC Borneo cup 2010

Antara kenangan bersama skuad hoki UMS United..congratulations !!!



Friday, April 2, 2010

Cacing pun boleh kompos sampah...


Sustainable Household Organic Waste Management via Vermicomposting



Kajian ini bertujuan untuk mencari penyeleaian masalah bagi mengurangkan sisa ke tapak pelupusan. Dengan itu, jurnal ini akan mengupas tentang perjalanan proses kaedah vermin-pengkomposan skala kecil dalam menghapus sisa. Kaedah ini sesuai dilakukan dalam isirumah kerana 40-50% sisa dari rumah adalah mudah diurai.

Dalam kajian ini, cacing jenis Eisinia foetida akan akan dijadikan sebagai alat dalam menkompos sisa dirumah dan alatan yang diguanakan ialah batu,tanah kebun, dan cacing yang diletakkan dalam sebuah bekas khas.. Sebanyak 350 buah rumah disekitar Selangor yang melibatkan penduduk luar Bandar, pinggir Bandar dan Bandar telah dipilih secara rawak dalam menjalankan kajian ini. Sebelum itu, sisa itu akan diasingkan kepada organic, kertas, plastic, logam dan lain-lain dan ditimbang bagi menentukan nilai peratusan setiap kumpulan sisa. Hasil daripada keputusan itu akan menunjukkan pelaksanaan kaedah vermi-pengkomposan boleh dijadikan sebagai suatu alternative untuk melupuskan bahan.

Pada masa yang sama dalam kajian ini dilakukan, bahan organic yang akan digunakan ialah bahan buangan dapur iaitu sebanyak 67% dan 33% selebihnya ialah keratin rumput,baja kambing,tanah kebun ataupun menggunakan vermin-pengkomposan dalam kajian lepas. Untuk setiap bahan, kira-kira 80gm cacing telah digunakan untuk mengurai dan dibiarkan selama 5 minggu kemudian dianalisis dimana ia menggunakan analisis fizikal dan anlisis kimia bagi mendapatkan gabungan menarik.

Hasil daripada kajian dan analisis eksperimen ini didapati bahawa sisa organic merupakan bahan yang paling tinggi dikompos iaitu sebanyak 55% diikuti oleh plastic 19%, kertas 13%, kaca 2%, kayu 1% dan 10% peratus selebihnya melibatkan getah, besi dan lain-lain. Keputusan kajian ini menunjukkan sisa organic dirumah yang berskala kecil boleh diurus dengan mudah tanpa membuangnya terus ke tapak pelupusan.



Namun, terdapat beberapa masalah dalam menjalankan kajian ini kerana keasidan yang tinggi dan kehadiran elemen-elemen tertentu di dalam sisa boleh membantutkan proses ini. Cacing-cacing ini sensitif kepada perubahan pH dan proses vermi-pengkomposan akan menurun
dengan drastik apabila pH kurang dari 5.0.

Sebagai kesimpulan, bagi menjadikan kajian ini lebih berjaya, beberpa kelemahan dalam kajian ini harus diperbaiki seperti contoh seperti membaiki kelemahan asiditi dan kehadiran komponen penghalang tertentu. Pengenalpastian keadaan yang paling sesuai bagi vermipengkomposan membolehkan perlaksanaan rawatan biologi alternatif ini untuk mengurangkan sisa dan menyelesaikan masalah pengurusan sisa terutama di negara-negara membangun. Melalui kaedah ini juga ia mampu mengurangkan pembuangan sisa ke tapak pelupusan dan boleh diperluaskan pada skala lebih besar lagi dan dijadikan sebagai pengurusan sisa pepejal yang mapan.

(assignmnet sisa pepejal aku :))

Monday, March 22, 2010

itu yang aku sedar...




huh....apa dh jd dgn dunia, aku makin bingung. apakah akan terjadi pada kita nanti sebagai penduduk Malaysia. Aku nampak sangat pergolakan politik kita, siapa yang benar? yang kanan atau kiri? Mana yang jujur? diantara mereka mana yang lebih mencari kepentingan dan mana yang menegakkan keadilan? Mana pencinta negara sebenar? kanan atau kiri?

Aku abaikan itu, yang aku tau antara duanya itu ada durjananya dan ada yang ikhlas...tapi sekuat dan sejauhmana? aku juga pasti, antara dua itu ada yang dihasut...datangnya dari luar, bawa propaganda hancurkan bangsa dan negara kita...mereka bijak serta licik. mereka menidakkan serta memporak perandakan kemajuan kita...

itu yang aku sedar setelah membaca makalah itu..aku harap, yang kanan dan kiri itu, bersatulah kamu..demi bangsa kita, demi negara kita agar tidak dijajah..itu yang kita perlu sedar, mereka menjajah bukan dengan bom atau pertumpahan darah, tetapi dijajah dengan cara mereka..sedarlah, kita dirancang untuk dijajah..selamatkan nusantara..