
Tersedar aku dari mimpi….
Gerimis sedih berlalu pergi..
Menjadi pembuka pagiku..yang suci..
Sang burung turut gembira menanti matahari…
Munculnya sinar meninggalkan kelam..
Lambaian dedaunan mengkhayalkan daku..
Sisiran bayu melembutkan hati…
Seakan menyambut sesuatu yang indah…
Timbulnya pelangi melengkapkan segala…
Pelangi indah..
Dirimu ku umpamakan…
Mewarnai cinta kita
Dirimu ku halusi…
Kesetiaanku dicemburui…
Oleh sang awan yang yang datang menenggelamimu…
Pelangi indah..
Kaulah segala…
Setiaku ku hidangkan..
Agar kita berkekalan…
Dirimu ku halusi…
Kesetiaanku dicemburui…
Oleh sang awan yang yang datang menenggelamimu…
Ku tak mengerti..
Mengapakah kau harus pergi…
Wednesday, July 7, 2010
Halusinasi Pelangi Indah..
Posted by paktam dan senyumannya at 5:14 AM 0 comments
MUDA MUDi : malaysiaku maju

Mana pergi muda mudi…
Tiada lagi cinta abadi…
Cinta abadi untuk pertiwi..
Kasih abadi tuk bumi sendiri…..
Ayuhlah kita bangkit………
Mengayuh semangar patriotik..
Jangan lah dikau lalai dengan dunia kini…
Barat masih menjajah bak sekam dalam api….
Ke manakah remaja dan muda mudi kini?
Muda mudi lupa jasa pertiwi…
Enjoy sana sini..
Bagaikan Negara kita merdeka kekal abadi….
Jangan dikau jadi kacang lupakan kulit..
Nanti kelak kita yang sakit…
Dan jangan lah dikau pelik
Jikalau kita dijajah balik…
Marilah kita besatu…..
Tak kira bangsa kita bersama menuju…
Menuju ke arah Malaysia maju…
Posted by paktam dan senyumannya at 4:45 AM 0 comments
Monday, July 5, 2010
Inilah manusia…

Kalau sudah bergelar manusia……
Mesti mahu cari yang sempurna
Mesti mahu jadi sempurna….
Bermulalah kisah hidup haloba..
Manusia yang tak puas erti sederhana..
Apatah lagi bersyukur kepada-NYA….
Mengangkat wang untuk segalanya…
Mencampurkan erti halal dan riba..
Demi mencari nikmat dunia….
Yang haram untuk masa muda
Yang halal di masa tua..
Muda untuk berfoya-foya..
Tua untuk bertaubat semula….
Sedarkah kau manusia..
Ironinya…
Ketika senang kau jadi pelupa,
Di masa susah kau mula mengenang dosa…
Inilah manusia….
Menyesal ketika hari tak sudah…
Posted by paktam dan senyumannya at 9:40 AM 0 comments
Macam tidak adil aku dengari………

Politik oh politik..
Ada telinga aku dengari..
Ada mata aku memerhati..
Ada rasa aku suarakan….
Politik oh politik….
Untuk rakyat atau diri sendiri?
Untuk negara atau saudara mara?
Tidak adil aku dengari….
Pabila politik boleh di jual beli….
Yang kaya mampu membeli….
Yang kedana hanya mampu bermimpi….
Ke hadapan lagi…
Maju berteknologi..
Media parti mula berfungsi…
Mencari keburukkan si berhaluan kanan dan kiri….
Tidak adil aku dengari…
Politik rupanya mainan bagi parti…….
Adakah suara rakyat didengari?
Adakah setiap projek untuk duit tepi?
Akan ku ratapi
Apa yang tidak adil aku dengari…
Apa yang tak puas hati aku luahi…
Posted by paktam dan senyumannya at 9:33 AM 0 comments
Sunday, June 27, 2010
Selipar jepun cuba mengingatkan kita....

Kadang kala kita lalai...
Terkadang kita leka...
Bagi yang dah berjaya dan berharta....
Ingatlah DIA.....
Mungkin kini kita bangga dengan apa yang kita ada..
Pakaian berjenama dari dalam dan luar negara…
Jemputan segala acara dengan cogan kata sebagai orang ternama
Ku nasihatkan agar kita tidak lupa…
Sila…..
Imbau kembali saat kita bertatih...
Dengan selipar jepun kita..
Di mana agaknya selipar jepun kita itu dulu?
Akan menjadi milik kita semulakah selipar jepun itu?
Ya..mungkin bila saat kita jatuh..
Mungkin bila ditarik kesihatan dan rezeki kita...
Ku kutip sedikit bingkisan peribahasa..
Hidup umpama roda..
Kadang di atas kadang di bawah...
Dengan itu, jangan haloba dan syukur apa yang ada..
Dan jangankan pula bila kita senang kita leka
Dan janganlah pula bila kita susah baru ingat pada-NYA...
Kita mungkin akan jatuh dan tidak dapat bangkit semula….
Jangan leka….
Segera peka dengan apa yang aku cuba katakan…
Ingatlah DIA yang maha Esa…
Panjatkan syukur…
Jika tidak, selipar jepun sedia menerima kita semula……
*ku coretkan apa yang aku rasa!!!!!
Posted by paktam dan senyumannya at 8:27 PM 0 comments
