BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 6, 2011

Pengembala penyayang kepada kepada pengembala hilang akal

Masih lagi dalam ruangan binatang. Betapa cinta dan kasihnya kami kepada binatang. Namun itu hanya sementara. Bak kata Zamani SLAM, ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya-rupanya gerimis mengundang..aaa..aaaaa...(penuh penghayatan)

Sambil menyelami lagu Zamani tu, kita selami juga bagaimana dari sikap penyayang berubah kepada hilang akal? Mari kita tinjau......

Tapi sebelum itu, mari kita ikuti filem komedi romantik ini. Kita selammmmm.....MARI

Menyelami kisah cinta monyet dengan rusa…sangat romantic…confirm angelina jolie dengan brad pitt jelesss..


kisah romantik itu dicemari dengan insiden WOODPECKER yang mengganggu ketenteraman kami. Lantas wujudlah dendam.. SWEET REVENGE !!!!!

Burung ni lah dulu yang ganggu aku..sekarang dia dh kena kandang (woodpecker), kata juki kepada wartawan MELODI...

10 MINIT KEMUDIAN !!!!!

Bermulalah era DINASTI HITLER.....

sebelum kejadian, terbitnya ukiran senyuman


menyemai perasaan

sampai berot mulot member gua bagi rusa ni makan....


ini elak WWF n geng-geng pencinta haiwan nampak..habis aku kena banned dari National Geographic....


maaf kepada rusa yang mana aku jentik halkumnya...

MORAL : jangan zalimi binatang...sayang menyayang antara makhluk tuhankan bagus...

Opssss : KAMI BUKAN BUAYA DAN KAMI BUKAN ANAK IKAN BERSAMA BUAYA DAN IKAN

mengenang kembali zaman undergraduate...
manis..macam nak jilat je......
tengok title post kali ni mesti korunk pening.....
aku pun pening tapi harap pening itu hilang pas korunk tengok gelagat kami ini...
ekspedisi BERMAIN dengan buaya....
kami sangat ganas.....

______________________________________________________________________

band terbaik masa lalu.....
BUAYA PUTERA ROCKERS...
amek ko jajan....


zaman-zaman ini sangat hebat...
seperti mengenang era PRINCE NASEEM dengan tumbukan padunya....
tapi kami ada kelainannya.....
memori yang sangat manis dan dramatik..
bersama juara heavyweights 48 kg
DASATTTTT!!!!.



orang selalu cakap.....
mak aku pun selalu pesan kat aku macam ni...
suka lawannya duka
tak pasal-pasal kena gigit buaya....
hancosssss beb.......
gelap masa depan....


jangan main dengan buaya....
kena gigit lagi.....





dalam keriangan ini, terselit erti bangga dalam diri aku....
aku ada kawan yang dikenali sebagai PELAPIS CROCODILE HUNTER
perfect!!!
huhuhu.....



memang aku sangat bangga dengan roomateku (jangan marah abg juki)
sangat ramah sehingga buaya dapat dijinakkannya...



KAMI BUKAN ANAK IKAN BERSAMA IKAN

anak-anak ikan yang takde mak ikan
KAMI lah tu....




kesiankan kami....
macam tak terbela...
hahahaha.....

GONJOL

* artis : paktam, along,juki, fad n lai...
Taman Buaya Tuaran
Masuk adalah RM 10
saje nk promote....DUTA PELANCONGAN lah katakan...

Saturday, February 12, 2011

Melayu nan layu? bangkitlah dan menjadi tuan di negara Merdeka


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
-usman awang-

Friday, January 28, 2011

Sila cebok mulut longkang anda......


Alahai mulut manusia ni

Mulut oh mulut

Bahaya penangan mulut ni

Ingat!!!

Kerana mulut badan binasa


Awas kepada mulut longkang

Sila cebok mulut anda

Suka menjaga tepi kain orang

Cakap belakang-belakang

Jari-jari tengah saya sedia mengangkat lalu mengajukan kepada anda

FUCK!!!


Terlajak perahu boleh di undur

Terlajak kata buruk padahnya

Kepada mulut-mulut longkang

Sila cebok mulut anda


Mesej ringkas ini di sampaikan oleh mamat kacak

Hahahaha

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 : MUSAFIR YANG PENAT


aduh........GUA PENAT BAI..
itu keluhan yang aku postkan di FB pada tarikh 11.1.11
sebabnya? aku penat..haha...
ya, penat dari semua segi....
mental, fizikal, dan rohani....

Apa yang ada dalam otak aku...
Cabaran aku bermula..
Kali ini lebih mencabar, macam tiada noktahnya....
Aku menjadi musafir semula..
di tempat yang sama, Sabah sebagai destinasi aku untuk menerokai semula ilmu....

Berat rasanya beb nak tinggalkan family ni...
Mak, abah adik, dan anak buah...
Nur Fateeha Qaisara dan Nur Fatheen Qurain..
Rindu keletah mereka walaupun baru je 11.1.11 meninggalkan aku...
Jangan risau, rindu itu sudah pasti...
Ape nak buat, gagahi je lah yerkkk..
Ada juga pic budak-budak itu untuk aku tatap bila rindu menyelebungi aku...

Penat dan penat........
tak cukup tidow lah weyh sebab packing barang lewat dan terfikir-fikir gaya hidup aku sebagai musafir...
Tidow lewat bangunnya awal, ambek ko jajan....mata panda lah jawapannya..

Di sebabkan minah korea itu...
Macam plot-plot movie plak aku rasa...
Sebab minah korea itu menumpang bilik member aku dan sikap minah korea itu yang suka bersepah dan mengalihkan katil menyebabkan aku bertambah penat.
Kena kemas bilik..alahai...i want nobody but U lah jawapannya...
Yang pelik, gobok 2 pn lesap..mana lah minah korea 2 angkut..
tumpang wat cara tumpang lah...
Huh....gua penat bai...sebab kemas bilik yang ala-ala stor..

erkkkk......ya, penat untuk mengatasi masalah bosan
Rutin aku di Johor dan Sabah agak beza...
so kenalah berasimilasi dengan keadaan...........
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum..

Otak aku penat macam mana nak mengharungi cabaran sebagai musafir ni..
Semoga Allah beri aku kekuatan....
Dagang hamba menuntut ilmu

Tq 2 ekok n apip..