BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 19, 2010

MAS HSBC Borneo cup 2010

Antara kenangan bersama skuad hoki UMS United..congratulations !!!



Friday, April 2, 2010

Cacing pun boleh kompos sampah...


Sustainable Household Organic Waste Management via Vermicomposting



Kajian ini bertujuan untuk mencari penyeleaian masalah bagi mengurangkan sisa ke tapak pelupusan. Dengan itu, jurnal ini akan mengupas tentang perjalanan proses kaedah vermin-pengkomposan skala kecil dalam menghapus sisa. Kaedah ini sesuai dilakukan dalam isirumah kerana 40-50% sisa dari rumah adalah mudah diurai.

Dalam kajian ini, cacing jenis Eisinia foetida akan akan dijadikan sebagai alat dalam menkompos sisa dirumah dan alatan yang diguanakan ialah batu,tanah kebun, dan cacing yang diletakkan dalam sebuah bekas khas.. Sebanyak 350 buah rumah disekitar Selangor yang melibatkan penduduk luar Bandar, pinggir Bandar dan Bandar telah dipilih secara rawak dalam menjalankan kajian ini. Sebelum itu, sisa itu akan diasingkan kepada organic, kertas, plastic, logam dan lain-lain dan ditimbang bagi menentukan nilai peratusan setiap kumpulan sisa. Hasil daripada keputusan itu akan menunjukkan pelaksanaan kaedah vermi-pengkomposan boleh dijadikan sebagai suatu alternative untuk melupuskan bahan.

Pada masa yang sama dalam kajian ini dilakukan, bahan organic yang akan digunakan ialah bahan buangan dapur iaitu sebanyak 67% dan 33% selebihnya ialah keratin rumput,baja kambing,tanah kebun ataupun menggunakan vermin-pengkomposan dalam kajian lepas. Untuk setiap bahan, kira-kira 80gm cacing telah digunakan untuk mengurai dan dibiarkan selama 5 minggu kemudian dianalisis dimana ia menggunakan analisis fizikal dan anlisis kimia bagi mendapatkan gabungan menarik.

Hasil daripada kajian dan analisis eksperimen ini didapati bahawa sisa organic merupakan bahan yang paling tinggi dikompos iaitu sebanyak 55% diikuti oleh plastic 19%, kertas 13%, kaca 2%, kayu 1% dan 10% peratus selebihnya melibatkan getah, besi dan lain-lain. Keputusan kajian ini menunjukkan sisa organic dirumah yang berskala kecil boleh diurus dengan mudah tanpa membuangnya terus ke tapak pelupusan.



Namun, terdapat beberapa masalah dalam menjalankan kajian ini kerana keasidan yang tinggi dan kehadiran elemen-elemen tertentu di dalam sisa boleh membantutkan proses ini. Cacing-cacing ini sensitif kepada perubahan pH dan proses vermi-pengkomposan akan menurun
dengan drastik apabila pH kurang dari 5.0.

Sebagai kesimpulan, bagi menjadikan kajian ini lebih berjaya, beberpa kelemahan dalam kajian ini harus diperbaiki seperti contoh seperti membaiki kelemahan asiditi dan kehadiran komponen penghalang tertentu. Pengenalpastian keadaan yang paling sesuai bagi vermipengkomposan membolehkan perlaksanaan rawatan biologi alternatif ini untuk mengurangkan sisa dan menyelesaikan masalah pengurusan sisa terutama di negara-negara membangun. Melalui kaedah ini juga ia mampu mengurangkan pembuangan sisa ke tapak pelupusan dan boleh diperluaskan pada skala lebih besar lagi dan dijadikan sebagai pengurusan sisa pepejal yang mapan.

(assignmnet sisa pepejal aku :))