BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 28, 2011

Sila cebok mulut longkang anda......


Alahai mulut manusia ni

Mulut oh mulut

Bahaya penangan mulut ni

Ingat!!!

Kerana mulut badan binasa


Awas kepada mulut longkang

Sila cebok mulut anda

Suka menjaga tepi kain orang

Cakap belakang-belakang

Jari-jari tengah saya sedia mengangkat lalu mengajukan kepada anda

FUCK!!!


Terlajak perahu boleh di undur

Terlajak kata buruk padahnya

Kepada mulut-mulut longkang

Sila cebok mulut anda


Mesej ringkas ini di sampaikan oleh mamat kacak

Hahahaha

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 : MUSAFIR YANG PENAT


aduh........GUA PENAT BAI..
itu keluhan yang aku postkan di FB pada tarikh 11.1.11
sebabnya? aku penat..haha...
ya, penat dari semua segi....
mental, fizikal, dan rohani....

Apa yang ada dalam otak aku...
Cabaran aku bermula..
Kali ini lebih mencabar, macam tiada noktahnya....
Aku menjadi musafir semula..
di tempat yang sama, Sabah sebagai destinasi aku untuk menerokai semula ilmu....

Berat rasanya beb nak tinggalkan family ni...
Mak, abah adik, dan anak buah...
Nur Fateeha Qaisara dan Nur Fatheen Qurain..
Rindu keletah mereka walaupun baru je 11.1.11 meninggalkan aku...
Jangan risau, rindu itu sudah pasti...
Ape nak buat, gagahi je lah yerkkk..
Ada juga pic budak-budak itu untuk aku tatap bila rindu menyelebungi aku...

Penat dan penat........
tak cukup tidow lah weyh sebab packing barang lewat dan terfikir-fikir gaya hidup aku sebagai musafir...
Tidow lewat bangunnya awal, ambek ko jajan....mata panda lah jawapannya..

Di sebabkan minah korea itu...
Macam plot-plot movie plak aku rasa...
Sebab minah korea itu menumpang bilik member aku dan sikap minah korea itu yang suka bersepah dan mengalihkan katil menyebabkan aku bertambah penat.
Kena kemas bilik..alahai...i want nobody but U lah jawapannya...
Yang pelik, gobok 2 pn lesap..mana lah minah korea 2 angkut..
tumpang wat cara tumpang lah...
Huh....gua penat bai...sebab kemas bilik yang ala-ala stor..

erkkkk......ya, penat untuk mengatasi masalah bosan
Rutin aku di Johor dan Sabah agak beza...
so kenalah berasimilasi dengan keadaan...........
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum..

Otak aku penat macam mana nak mengharungi cabaran sebagai musafir ni..
Semoga Allah beri aku kekuatan....
Dagang hamba menuntut ilmu

Tq 2 ekok n apip..

Monday, December 27, 2010

Menjelang 2011 : Kemahuan, Sambutan atau Azam? Mana yang berhak di minda kita?


2010 semakin mencapai penghujungnya. Sedekad sudah kita berada di zaman millenium ini. Kita berada di zaman teknologi dan hakikinya peredaran kecanggihan teknologi itu tidak seiring dengan akhlak kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Sekarang 2011 sudah menanti kita. Anda pasti? Angka tahun itu yang menunggu kita atau kita yang menunggu tahun itu? Ada yang cuba saya kongsi dan leraikan di sini. Kalau ada penambahan serta baik pulih idea saya sila tambah di ruangan komen!!!!!! Apa yang menariknya, saban tahun ketika kita hendak memasuki tahun baru, pelbagai ragam kita dapat lihat. Tidak kiralah dari segi ekonomi, sosial, estetika dan sebagainya.

Antara yang kita dapat lihat ialah sikap boros manusia. Jualan murah sana sini serta jualan penghabisan stok menyebabkan manusia menjadi rambang mata. Potongan sana sini dan harga rendah di hujung tahun amatlah dinanti oleh sesiapapun lagi-lagi kepada yang gemar berbelanja. Mungkin sudah tersemat di mentaliti kita dengan corak Biar papa asal kedana.

Dalam menyambut kedatangan 2011, kita juga dapat melihat tingkah laku serta kepelbagaian rentak sosial dari segi sambutan. Melihat dari aspek golongan, budaya sambutan ini berbeza caranya. Ada yang menyambutnya dengan cara membuat parti, ada yang menyambut dihadapan jam atau ditempat keramaian yang ditemani dengan dentuman bunga api, ada yang dijalanan dan sebagainya. Ironinya ada antara sambutan yang menyelitkan unsur maksiat. Lihat sahaja di dada akhbar pada awal tahun nanti. Pastinya terpampang kes-kes berkaitan sambutan tahun baru. Percuma sahaja, memalukan orang tersayang gara-gara menunggu detik jam 12. Opsss....menyebut tentang orang tersayang, ada juga yang menyambut tahun baru ini dengan orang yang tersayang a.k.a yang bukan muhrim.

Azam baru? Dah macam trademark!!!! Semua pasang azam, tetapi? Mungkin ada yang melunaskan dan mungkin sekadar tahi-tahi ayam sahaja. Bagus jika kita mempunyai azam, lagi-lagi jika keazaman yang dipasang itu terarah kepada yang positif. Azam akan menimbulkan keinginan serta kerja kuat kita dalam mencapai sesuatu. Mudah-mudahan azam yang anda pasang itu tercapai. Buktikan !!!!!!!!!!

Dalam mengakhiri dan mengawali tahun baru, mana yang berhak di minda kita? Fikir-fikirkan...

Kata-kata hikmah aku?

~aku pun bukan baik sangat
~pernah melalui sambutan, dengan itu aku pernah nampak apa yang berlaku di hadapan mataku
~yang baik itu datang dari Allah dan yang jahat itu dari kita
~aku juga boros dan gemar shopping (nasib tiada duit sebab belom kerja , kalau tidak!!)
~aku juga mempunyai azam dan akan aku buktikan
~2010 ada nilai estetikanya tersendiri (kenangan)
~aku menasihat dan menerima nasihat

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DAN SEMOGA DIRAHMATI PERJALANAN HIDUP KITA

Saturday, December 25, 2010

Merry Xmas 2010

Merry XmaS 2010



Ucapan khas buat rakan-rakan saya yang menyambut perayaan Xmas ini, selamat menyambut hari natal di samping keluarga dan orang tersayang. Tidak lupa juga buat adik kecik iaitu Brenda, Merry Xmas 2010 yeahh...Sorry owh dapat wish n xdpt bg gift kat ko..huhu..

Selamat, selamat dan semoga selamat. Semoga anda mendapat keberkatan dan perayaan ini membuat anda terus maju ke hadapan serta sukses. Selamat menyambut walaupun tiada salji..haha..Selamat menyambut hari natal 2010 buat semua.

Friday, December 24, 2010

Selamat Maju Jaya dan bawa semangat Tanah Tumpah-Nya Darahku !!!