2010 semakin mencapai penghujungnya. Sedekad sudah kita berada di zaman millenium ini. Kita berada di zaman teknologi dan hakikinya peredaran kecanggihan teknologi itu tidak seiring dengan akhlak kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Sekarang 2011 sudah menanti kita. Anda pasti? Angka tahun itu yang menunggu kita atau kita yang menunggu tahun itu? Ada yang cuba saya kongsi dan leraikan di sini. Kalau ada penambahan serta baik pulih idea saya sila tambah di ruangan komen!!!!!! Apa yang menariknya, saban tahun ketika kita hendak memasuki tahun baru, pelbagai ragam kita dapat lihat. Tidak kiralah dari segi ekonomi, sosial, estetika dan sebagainya.
Antara yang kita dapat lihat ialah sikap boros manusia. Jualan murah sana sini serta jualan penghabisan stok menyebabkan manusia menjadi rambang mata. Potongan sana sini dan harga rendah di hujung tahun amatlah dinanti oleh sesiapapun lagi-lagi kepada yang gemar berbelanja. Mungkin sudah tersemat di mentaliti kita dengan corak Biar papa asal kedana.
Dalam menyambut kedatangan 2011, kita juga dapat melihat tingkah laku serta kepelbagaian rentak sosial dari segi sambutan. Melihat dari aspek golongan, budaya sambutan ini berbeza caranya. Ada yang menyambutnya dengan cara membuat parti, ada yang menyambut dihadapan jam atau ditempat keramaian yang ditemani dengan dentuman bunga api, ada yang dijalanan dan sebagainya. Ironinya ada antara sambutan yang menyelitkan unsur maksiat. Lihat sahaja di dada akhbar pada awal tahun nanti. Pastinya terpampang kes-kes berkaitan sambutan tahun baru. Percuma sahaja, memalukan orang tersayang gara-gara menunggu detik jam 12. Opsss....menyebut tentang orang tersayang, ada juga yang menyambut tahun baru ini dengan orang yang tersayang a.k.a yang bukan muhrim.
Azam baru? Dah macam trademark!!!! Semua pasang azam, tetapi? Mungkin ada yang melunaskan dan mungkin sekadar tahi-tahi ayam sahaja. Bagus jika kita mempunyai azam, lagi-lagi jika keazaman yang dipasang itu terarah kepada yang positif. Azam akan menimbulkan keinginan serta kerja kuat kita dalam mencapai sesuatu. Mudah-mudahan azam yang anda pasang itu tercapai. Buktikan !!!!!!!!!!
Dalam mengakhiri dan mengawali tahun baru, mana yang berhak di minda kita? Fikir-fikirkan...
Kata-kata hikmah aku?
~aku pun bukan baik sangat
~pernah melalui sambutan, dengan itu aku pernah nampak apa yang berlaku di hadapan mataku
~yang baik itu datang dari Allah dan yang jahat itu dari kita
~aku juga boros dan gemar shopping (nasib tiada duit sebab belom kerja , kalau tidak!!)
~aku juga mempunyai azam dan akan aku buktikan
~2010 ada nilai estetikanya tersendiri (kenangan)
~aku menasihat dan menerima nasihat
Monday, December 27, 2010
Menjelang 2011 : Kemahuan, Sambutan atau Azam? Mana yang berhak di minda kita?
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DAN SEMOGA DIRAHMATI PERJALANAN HIDUP KITA
Posted by paktam dan senyumannya at 9:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
selamat tahun baru!
im ur new follower..
ada hadiah utk newbie ke? hehe
selamat...
sori lama x buka blog...
hadiah? ada...senyuman aku.. :)
tq k...
Post a Comment