Aku mengharapkan ia digunakan seratus peratus...
Pengalaman aku bekerja part time as crew service di sebuah kopitiam dan berhadapan dengan ramai pelanggan membuatkan aku mengetahui sesuatu.........
Ada antara rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan, yang lahir di Malaysia, yang dibesarkan di Malaysia, yang mencari rezeki di Malaysia, yang mendapat kerakyatan automatik sebagai rakyat Malaysia masih tidak tahu bahasa kebangsaan Malaysia yakni bahasa Melayu....
Fenomena lain ialah Bahasa Melayu seperti bahasa kedua dalam alam pekerjaan. Kita mulakan dengan proses temuduga...Bahasa Inggeris atau bahasa penjajah diutamakan kononnya itu bahasa global..Habis ketepi bahasa Melayu...
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? Mungkin itu perancangan baik kerajaan dalam memperkasa bahasa Inggeris..tapi bagaimana bahasa Melayu? Ia bukan sekadar mahu lulus subjek, tapi jauh aku harapkan ia sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi dalam segala kegiatan rasmi....tak kiralah dalam ucapan ke apa ke !!! Aku nak juga bahasa Melayu....
Layangan surat ke rumah? Bahasa Inggeris juga...macam mana jika ada diantara mak bapa atok nenek kita yang pekak dan tuli dalam bahasa Inggeris? Dibuat tak endah sahaja surat itu...
Aku mengharapkan ia diutamakan...
Sebab aku sayang bahasa aku...
p/s : Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
*semoga memartabatkan dan terus diguna pakai
Thursday, December 23, 2010
Utamakan Bahasa Melayu
Posted by paktam dan senyumannya at 8:28 PM
Labels: Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
amik cth cam negara jepun ke?mampu bergelar naga asia tanpa meliberalkan penggunaan bahasa inggeris..xD
Post a Comment